Monday, October 24, 2011

MENGENAI KAMI

IQBA Training Centre merupakan sebuah pusat pentauliahan dan bimbingan al-Quran secara bersanad dan bahasa arab oleh tenaga pakar. Kami dinaungi oleh Dehaty Enterprise bagi memastikan pentadbiran di IQBA Training Centre berjalan lancar.

IQBA bermula dengan pengajian al-Quran bersanad ke rumah-rumah secara peribadi dan sehingga kini kami telah berjaya mengumpulkan tenaga mahir dari timur tengah bagi menambah-baikkan dan memberikan perkhidmatan tidak kira masa dan tempat.

Tenaga pengajar al-Quran yang terlatih layak untuk membimbing pengajian al-Quran bersanad manakala tenaga pengajar tidak terlatih terhad kepada bimbingan asas al-Quran iaitu iqra, qiraati, dan setaraf dengannya.

Manakala tenaga pengajar bahasa arab yang terlatih layak untuk membimbing pelajar diperingkat STAM , universiti dan boleh dihantar ke pusat-pusat tuisyen yang memerlukan . Tenaga pengajar bahasa arab tidak terlatih pula terhad kepada pelajar di peringkat SMRA dan ke bawah.